googled754a54cfdd8b425.html

Thursday, 27 June 2013

Belajar Kefahaman Quran Tanpa Yuran Pengajian

Ma'hadul-Azhar ( Institut Tahfiz , Kefahaman Quran Dan Pengajian Islam ) Pokok Sena, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang yang diasaskan sejak 26 tahun lalu mengorak selangkah lagi kehadapan dengan memperkenalkan program " Belajar Kefahaman Quran Tanpa Yuran Pengajian "

Dengan ertikata lain " Belajar Percuma ". Walau bagaimana pun makanan, air dan eletrik ditanggung sendiri oleh pelajar.

Program Belajar Tanpa Yuran Pengajian ini diperkenalkan untuk memberi peluang belajar seluas-luasnya kepada para Pencinta Kitab Allah,  demikian ditegaskan oleh Pengetua Ma'hadul-Azhar Ustazah Nuur 'Ain  Binti Yusoff 


Wednesday, 5 June 2013


Perlu Pilih Salah Satu :
Ambil Peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) Dihujung Tahun atau Sambung Pelajaran Ke India

Saya nekad untuk sambung pelajaran ke India dengan bertemankan seorang kawan Haji Harun Bin Haji Mahmood. Saya ketika itu belajar di Madrasah Manabi'ul-Ulum Wa Mathali'un-Nujum (مدرسة منابع العلوم ومطالع النجوم ) yang lebih terkenal dengan panggilan Pondok Penanti, Bukit Mertajam, Pulau Pinang, manakala Haji Harun pula pelajar Madrasah Makarim Al-Akhlaq ( مدرسة مكارم الأخلاق ) Langgar, Alor Star, Kedah. 

Hasrat untuk ambil Peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) yang setaraf dengan Sijil Penilaian Menengah Rendah (PMR) sekarang pada hujung tahun yang sama terpaksa dilupakan sahaja walau pun wang bayaran untuk peperiksaan sebanyak RM15.00 telah dijelaskan. 








Thursday, 30 May 2013

Khamis 20 Rejab 1434

KURSUS-KURSUS KEMAHIRAN 
ANJURAN PONDOK TAHFIZ DAN KEFAHAMAN QURAN PINTAR SHOLEH 
BERSEMPENA 
CUTI PERTENGAHAN TAHUN 2013


KURSUS INTENSIF
 BAHASA ‘ARAB
UNTUK PELAJAR 
TINGKATAN 1 HINGGA 5
Ahad -  Khamis :  26 – 30 Mei 2013
9.00 Pagi  – 4.30 Petang

YURAN PENYERTAAN RM250.00

KURSUS INTENSIF
SOLAT
UNTUK PELAJAR 
10 TAHUN KE ATAS
Isnin – Khamis  03 – 06 JUN 2013
9.00 Pagi – 4.30 Petang

YURAN PENYERTAAN : RM150.00

KURSUS INTENSIF
CARA MEMBACA BERKESAN

UNTUK PELAJAR 
TAHUN 5 HINGGA TINGKATAN 5
Sabtu & Ahad  :  08 & 9 Jun 2013
 9.00 Pagi – 4.30 Petang

YURAN PENYERTAAN RM80.00



TEL. 013 8 1010 40 


Wednesday, 29 May 2013


19 Rejab 1434

Terima Kasih Dan Harapan

بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين

Terima kasih dan penghargaan tinggi diucapkan kepada Saudara Ustaz Baharuddin kerana bersusah payah mereka bentuk dan menghasilkan ' http://yusoffuthman.blogspot.com " . Semoga Allah memberi ganjaran sewajarnya kepada beliau. 

Dengan terhasilnya blogspot ini diharap Ustaz Yusoff 'Uthman dapat memaparkan buah fikiran, pengalaman dan pandangannya di sini sebagai menyahut saranan dan gesaan rakan-rakan dan pelajar-pelajar yang pernah dibimbingnya selain pengalaman belajar di beberapa pusat pengajian. 

Syukur kepada Allah Yang Maha Mengetahui Lagi Maha Bijaksana yang mengilham dan memperkenankan  umat manusia hari ini mereka cipta alat komunikasi yang hebat ini. Tanpa bantuan dan perkenan Allah sudah tentu peralatan komunikasi ini tidak wujud di 'alam maya ini.

Semoga usaha murni kita semua di berkati Allah 


*
Ma'hadul-Azhar (Institut Tahfiz dan Kefahaman Al-Quran & Pengajian Islam )
Pokok Sena, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang , Semenanjung Tanah Melayu, 
Malaysia

Pondok Tahfiz Dan Kefahaman Quran Pintar Sholeh
2107A, Wisma Syeikh Abdullah Fahim
Jalan Bertam
13200 Kepala Batas, Pulau Pinang, Semenanjung Tanah Melayu
Malaysia

Tel. 013 8 1010 40



SELAMAT DATANG