googled754a54cfdd8b425.html

Thursday 27 June 2013

Belajar Kefahaman Quran Tanpa Yuran Pengajian

Ma'hadul-Azhar ( Institut Tahfiz , Kefahaman Quran Dan Pengajian Islam ) Pokok Sena, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang yang diasaskan sejak 26 tahun lalu mengorak selangkah lagi kehadapan dengan memperkenalkan program " Belajar Kefahaman Quran Tanpa Yuran Pengajian "

Dengan ertikata lain " Belajar Percuma ". Walau bagaimana pun makanan, air dan eletrik ditanggung sendiri oleh pelajar.

Program Belajar Tanpa Yuran Pengajian ini diperkenalkan untuk memberi peluang belajar seluas-luasnya kepada para Pencinta Kitab Allah,  demikian ditegaskan oleh Pengetua Ma'hadul-Azhar Ustazah Nuur 'Ain  Binti Yusoff 


Wednesday 5 June 2013


Perlu Pilih Salah Satu :
Ambil Peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) Dihujung Tahun atau Sambung Pelajaran Ke India

Saya nekad untuk sambung pelajaran ke India dengan bertemankan seorang kawan Haji Harun Bin Haji Mahmood. Saya ketika itu belajar di Madrasah Manabi'ul-Ulum Wa Mathali'un-Nujum (مدرسة منابع العلوم ومطالع النجوم ) yang lebih terkenal dengan panggilan Pondok Penanti, Bukit Mertajam, Pulau Pinang, manakala Haji Harun pula pelajar Madrasah Makarim Al-Akhlaq ( مدرسة مكارم الأخلاق ) Langgar, Alor Star, Kedah. 

Hasrat untuk ambil Peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) yang setaraf dengan Sijil Penilaian Menengah Rendah (PMR) sekarang pada hujung tahun yang sama terpaksa dilupakan sahaja walau pun wang bayaran untuk peperiksaan sebanyak RM15.00 telah dijelaskan.